Tuesday, August 25, 2009

Orang Kampar Di Malaysia

Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.

Friday, August 21, 2009

Kampar (Perak)




Kampar, Perak


Pekan Kampar, Perak



Mengikut Sir George Maxwell, Kampar telah dibuka pada tahun 1886. Pembukaannya memang ada bersangkut paut dengan penemuan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dalam kawasan Kampar, di mana seorang tokoh telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan Kampar iaitu Imam Prang Jabor.

Imam Prang Jabor yang berasal dari Sumatera Tengah telah membawa sejumlah pengikut untuk menetap di sekitar Gopeng dan Kuala Dipang. Sebagai seorang yang mempunyai idea yang praktik, petempatan dan pembangunan sesuatu tempat, beliau sering mendesak En. JBM Leech, salah seorang pegawai daerah yang terbaik di Malaysia untuk membuka negeri. Sementara itu, lombong-lombong Kuala Dipang dan Gopeng pada masa itu sedang mencari bijih timah di sekitar kawasan sepanjang Sungai Kampar. Pasa suatu hari, beliau telah menunggang kudanya untuk ke Batu Gajah untuk berjumpa Mr. Leech mengenai satu maklumat penting yang telah beliau perolehi. Beliau memberitahu Pegawai Daerah Kinta itu bahawa bijih timah telah dijumpai berdekatan Mambang Di Awan di atas jalan yang sedang dibina dari Kuala Dipang ke Tapah.

Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia. Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali datang ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.
Selian itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka datang adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan.

Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat di raja dan Sultan tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Alang Iskandar dan Panglima Megat Teramis (tokoh Negeri Perak).
Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke batang Tonggang dengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya Bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap.
Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia) ini.

Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun yang pada masa itu bermaharajalela. Ada setengah-setengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.

Thursday, August 20, 2009

Istana Gunung Sahilan, Kampar

Istana Kerajaan Gunung Sahilan


Bangunan Istana ini adalah peninggalan sejarah dari masyarakat kampar kiri.. Seorang pewaris dari kerajaan ini Tengku Sulaiman menceritakan, sebelum ajaran islam masuk kerajaan ini berpusat di daerah Gunung Kibul yang masih dalam daerah Kampar kiri. Kerajaan ini diberi nama Darussalam.. seni bina istana ini dihasilkan oleh arkitek dari Brunei Darussalam..

Istana Kerajaan Gunung Sahilan ini tidak hanya memiliki keindahan bangunan yang bercirikan kerajaan melayu, namun kekuasaan mistik pun kuat "di dalam istana ini tersimpan sebuah payung kerajaan yang apa bila dibuka maka daerah gunung sahilan akan turun hujan, juga sebuah guci yang pada musim kemarau terisi penuh, tapi ketika musim hujan gucinya kosong, kata masyarakat setempat yang menyakininya.

Istana Kerajaan Darussalam berdiri di Kecamatan Gunung Sahilan, Kabupaten Kampar. Tidak ada keterangan pasti tentang bila raja Darussalam pertama berkuasa. Termasuk sejarah Melayu pun tidak banyak menjelaskan asal-usul kerajaan di pinggir Sungai Kampar ini. Hanya, para tokoh adat di Gunung Sahilan, berpendapat Kerajaan Darussalam berdiri sekitar tahun 1901.

Raja pertama Darussalam dipanggil raja berdarah putih. Ia disebut-sebut cucu raja Kerajaan Pagaruyung, Sumatra Barat. Silsilah ini diperkuat bukti sejarah dan adat istiadat masyarakat Gunung Sahilan yang kuat berpengaruh Minangkabau. Kekuasaan Kerajaan Darussalam mencapai wilayah Singingi, Langgam, Sungai Pagar dan Logas. Sampai 1940 tercatat sudah 11 raja berkuasa di Darussalam.

Setelah Indonesia merdeka, kekuasaan raja diambil alih oleh pemerintah Republik Indonesia. Sayangnya, meskipun bernilai sejarah tinggi, istana dan benda pusaka Kerajaan Darussalam, tidak dijaga dengan baik. Beberapa bahagian istana telah rosak. Bangunan yang sudah berdiri ratusan tahun ini lapuk dimakan usia.

Mengenal Kesultanan PekanTua, Kampar

Candi Muara Takus, Desa Muara Takus, XIII Koto Kampar

Kisah ini saye ambil dari satu laman blog yang berkaitan dengan tanah air kampar..

Raja yang berkuasa iaitu Sultan Mahmud Syah I mengundurkan dirinya ke Muar (Johor), kemudian ke Bintan dan sekitar tahun 1526 M sampai ke Pekantua Kampar di Riau.

Keadaan Pekantua Kampar saat itu juga sedang berkabung karena Raja Abdullah (1511-1515 M), raja Pekantua Kampar yang masih keluarga dekat Sultan Mahmud Syah I, tertangkap saat berjuang membantu melawan Portugis. Beliau akhirnya dibuang ke Gowa di Sulawesi Selatan.

Ketika Sultan Mahmud Syah I sampai di Pekantua (1526 M) beliau langsung dinobatkan menjadi Raja Pekantua Kampar (1526-1528 M). 2 tahun sesudahnya beliau mangkat dan diberi gelar "Marhum Kampar". Makamnya terletak di Pekantua Kampar dan sudah berkali-kali dipugar oleh raja-raja Pelalawan. Pemugaran terakhir dilakukan oleh Pemerintah Daerah (Kabupaten) Pelalawan, Propinsi Riau dan pemerintah Negeri Melaka.

Sultan Mahmud Syah I setelah mangkat segera digantikan oleh putera mahkota dari permaisurinya Tun Fatimah, yang bernama Raja Ali, bergelar "Sultan Alauddin Riayat Syah II". Tak lama kemudian, beliau meninggalkan Pekantua ke Tanah Semananjung, mendirikan negeri Kuala Johor, beliau dianggap pendiri Kerajaan Johor.

Sebelum meninggalkan Pekantua, beliau menunjuk dan mengangkat Mangkubumi Pekantua (1530-1551 M), yang bernama Tun Perkasa dengan gelar "Raja Muda Tun Perkasa". Dan dilanjutkan Tun Hitam (1551-1575 M) serta Tun Megat (1575-1590 M).

Sejak bila Pelalawan wujud?

Wilayah kerajaan Pelalawan yang sekarang menjadi Kabupaten Pelalawan, berawal dari Kerajaan Pekantua yang didirikan oleh Maharaja Indera (sekitar tahun 1380 M). Beliau adalah bekas Orang Besar Kerajaan Temasik (Singapura) yang mendirikan kerajaan ini setelah Temasik dikalahkan oleh Majapahit dipenghujung abad XIV. Sedangkan Raja Temasik terakhir yang bernama Permaisura (Prameswara) mengundurkan dirinya ke Tanah Semenanjung, dan mendirikan kerajaan Melaka.

Maharaja Indera (1380-1420 M) membangun kerajaan Pekantua di Sungai Pekantua (di anak sungai Kampar, sekarang termasuk Desa Tolam, Pelalawan, Riau) pada tempat bernama "Pematang Tuo" dan kerajaannya dinamakan "Pekantua". Selain itu Maharaja Indera membangun candi yang bernama "Candi Hyang" di Bukit Tuo (lazim juga disebut Bukit Hyang), namun sekarang lebih dikenal dengan sebutan "Pematang Buluh" atau Pematang Lubuk Emas, sebagai tanda syukurnya dapat mendirikan kerajaan Pekantua. Raja-raja Pekantua yang pernah memerintah setelah Maharaja Indera adalah Maharaja Pura (1420-1445 M), Maharaja Laka (1445-1460 M), Maharaja Syesya (1460-1460 M). Maharaja Jaya (1480-1505 M).

Selanjutnya menjadi wilayah Melaka

Pekantua semakin berkembang, dan mulai dikenal sebagai bandar yang banyak menghasilkan barang-barang perdagangan masa lalu, terutama hasil hutannya. Berita ini sampai pula ke Melaka yang sudah berkembang menjadi bandar penting di perairan Selat Melaka serta menguasai wilayah yang cukup luas, oleh karena itu Melaka bermaksud menguasai Pekantua, sekaligus mengokohkan kekuasaannya di Pesisir Timur Sumatera. Maka pada masa pemerintahan Sultan Mansyur Syah (1459-1477 M), dipimpin oleh Sri Nara Diraja, Melaka menyerang Pekantua, dan Pekantua dapat dikalahkan. Selanjutnya Sultan Masyur Syah mengangkat Munawar Syah (1505-1511 M) sebagai Raja Pekantua. Pada upacara penabalan Munawar Syah menjadi raja Pekantua, diumumkan bahwa Kerajaan Pekantua berubah nama menjadi "Kerajaan Pekantua Kampar" dan sejak itu kerajaan Pekantua Kampar sepenuhnya berada dalam naungan Melaka. Pada masa inilah Islam mulai berkembang di Kerajaan Pekantua Kampar.

Setelah Munawar Syah mangkat, diangkatlah puteranya Raja Abdullah, menjadi Raja Pekantua Kampar (1511-1515 M). Disaat inilah Melaka jatuh ke Portugis, dan Sultan Melaka (Sultan Mahmud Syah I) mengungsi ke Pekantua Kampar hingga wafatnya.

Setelah Johor wujud (menggantikan Melaka) maka…

Ketika dipimpim oleh Sultan Abdul Jalil Syah (cucu Sultan Alauddin Riayat Syah II, Raja Pekantua Kampar) kerajaan Johor telah berkembang pesat. Oleh karena itu Tun Megat, merasa sudah sepantasnya untuk mengirim utusan ke Johor untuk meminta salah seorang keturunan Sultan Alauddin Riayat Syah II kembali ke Pekantua Kampar untuk menjadi rajanya. Setelah mufakat dengan Orang-orang Besar Pekantua, maka dikirim utusan ke Johor, terdiri dari: Batin Muncak Rantau (Orang Besar Nilo dan Napuh), Datuk patih Jambuano (Orang Besar Delik dan Dayun), dan Raja Bilang Bungsu (Orang Besar Pesisir Kampar).

Sultan Abdul Jalil Syah mengabulkan permintaan Tun Megat, lalu mengirimkan salah seorang keluarga dekatnya yang bernama Raja Abdurrahman untuk menjadi Raja Pekantua. Sekitar tahun 1590 M, Raja Abdurrahman dinobatkan menjadi raja Pekantua Kampar dengan gelar "Maharaja Dinda" (1950-1630 M). Terhadap Johor, kedudukannya tetaplah sebagai Raja Muda Johor. Sebab itu disebut juga "Raja Muda Johor di Pekantua Kampar". Tun Megat yang sebelumnya berkedudukan sebagai Raja Muda, oleh Raja Abdurrahman dikukuhkan menjadi Mangkubumi, mewarisi jabatan kakeknya Tun Perkasa.

Setelah mangkat, Maharaja Dinda digantikan oleh Puteranya Maharaja Lela I, yang bergelar Maharaja Lela Utama (1630-1650 M), Tak lama kemudian beliau mangkat, dan digantikan oleh puteranya Maharaja Lela Bangsawan (1650-1675 M), yang selanjutnya digantikan pula oleh puteranya Maharaja Lela Utama (1675-1686 M). Raja ini selanjutnya digantikan pula oleh puteranya Maharaja Wangsa Jaya (1686-1691 M).

Pekantua Kampar berganti menjadi Pelalawan

Pada masa pemerintahannya, Tanjung Negeri banyak diganggu oleh wabah penyakit yang banyak membawa korban jiwa rakyatnya, namun para pembesar belum mau memindahkan pusat kerajaan karena masih sangat baru. Akhirnya beliau mangkat dan digantikan oleh puteranya Maharaja Muda Lela (1691-1720 M), beliau segera memindahkan pusat kerajaan dari Tanjung Negeri karena dianggap sial akibat wabah penyakit menular yang menyebabkan banyaknya rakyat menjadi korban, termasuk ayahandanya sendiri. Namun upaya itu belum berhasil, karena masing-masing Orang Besar Kerajaan memberikan pendapat yang berbeda. Pada masa pemerintahannya juga, perdagangan dengan Kuantan ditingkatkan melalui Sungai Nilo, setelah mangkat, beliau digantikan oleh puteranya Maharaja Dinda II (1720-1750 M). pada masa pemerintahannya diperoleh kesepakatan untuk memindahkan pusat kerajaan Pekantua Kampar ketempat yang oleh nenek moyangnya sendiri, yakni "Maharaja Lela Utama" pernah dilalaukan (ditandai, dicadangkan) untuk menjadi pusat kerajaan, yaitu di Sungai Rasau, salah satu anak Sungai Kampar jauh di hilir Sungai Nilo.

Sekitar tahun 1725 M, dilakukan upacara pemindahan pusat kerajaan dari Tanjung Negeri ke Sungai Rasau. Dalam upacara adat kerajaan itulah Maharaja Dinda II mengumumkan bahwa dengan kepindahan itu, maka nama kerajaan "PEKANTUA KAMPAR", diganti menjadi kerajaan 'PELALAWAN" (Pelalauan), yang artinya tempat lalau-an atau tempat yang sudah dicadangkan. Sejak itu, maka nama kerajaan Pekantua tidak dipakai orang, digantikan dengan nama Pelalawan saja sampai kerajaan itu berakhir tahun 1946. Didalam upacara itu pula gelar beliau yang semua Maharaja Dinda II disempurnakan menjadi Maharaja Dinda Perkasa atau disebut Maharaja lela Dipati. Setelah beliau mangkat, digantikan oleh puteranya Maharaja Lela Bungsu (1750-1775 M), yang membuat kerajaan Pelalawan semakin berkembang pesar, karena beliau membuka hubungan perdagangan dengan Indragiri, Jambi melalui sungai Kerumutan, Nilo dan Panduk. Perdagangan dengan Petapahan (melalui hulu sungai Rasau, Mempura, Kerinci). Perdangan dengan Kampar Kanan dan Kampar Kiri (melalui sungai Kampar) dan beberapa daerah lainnya di pesisir timur Sumatera. Untuk memudahkan tukar menukar barang dagangan, penduduk membuat gudang yang dibuat diatas air disebut bangsal rakit (bangsal rakit inilah yang kemudian berkembang menjadi rumah-rumah rakit, bahkan raja Pelalawan pun pernah membuat istana rakit, disamping istana darat).

Ramainya perdagangan di kawasan ini antara lain disebabkan oleh terjadinya kemelut di Johor. Setelah Sultan Mahmud Syah II (Marhum Mangkat Dijulang) mangkat akibat dibunuh oleh Megat Sri Rama, sehingga arus perdagangan beralih ke kawasan pesisir Sumatera bagian timur dan tengah, terutama di sungai-sungai besar seperti Kampar, Siak, Indragiri, dan Rokan. Dalam waktu itulah Pelalawan memanfaatkan bandar-bandar niaga untuk menjadi pusat perdagangan antar wilayah di pesisir timur dan tengah Sumatera.

Wednesday, August 19, 2009

Tanah Air Kampar (Sumatera)

Rumah Tradisi Kampar

Pekan Bangkinang

Pasar Bangkinang






Kenduri Kahwin Kampar




Pakaian Tradisi Kampar


Kampar dan Limo koto (lima kota)

Kampar sangat dikenali dengan sebutan Limo Koto, lima wilayah yang masih memegang adat dan tradisi persukuan. Limo Koto terdiri dari :

1. XXXIII Koto Kampar
2. Kuok
3. Bangkinang
4. Air Tiris
5. Rumbio

Terdapat banyak persukuan yang masih diamalkan hingga kini. Konsep adat dan tradisi persukuannya konon ditiru dan dikembangkan hingga ke Sumatera Barat. Tidak hairan bila adat istiadat hingga bahasa sehari-hari warga Limo Koto amat mirip dengan Minang Kabau. Bahasa yang dipakai di Limo Koto, yang juga kemudian menjadi bahasa Kampar adalah bahasa Ocu. Di samping itu, Limo Koto juga memiliki semacam alat musik tradisional Calempong dan Oguong.


Sempadan wilayah

Kabupaten(wilayah) Kampar terbahagi kepada berberapa kabupaten berikut:
Utara – Kabupaten Siak
Timur –
Kota Pekanbaru dan Kabupaten Pelalawan
Selatan –
Kabupaten Kuantan Singingi
Barat –
Kabupaten Rokan Hulu, Kabupaten Lima Puluh Kota (Provinsi Sumatera Barat)

Misteri Tasik pauh Janggi..?

Posting ini saya terbaca pada satu laman blog dan saya postkan disini kerana saya amat tertarik tentang kisah tasik pauh janggi.. lokasi dan kisah nya misteri.

Kembalilah diri ke dunia panggung dan dunia kelir. Merenung masa lalu dan melihat masa depan. Dari ‘pusat tasik pauh janggi’ tempat berpusar lagi jauh ke tengah segara. Tasiknya bukan di daratan bandar, tetapi pusar yang paling tengah dan paling dalam. Siapa terjatuh atau tergelincir, tersuruplah ia ke dalam pusar. Tempat menanti segala mara bahaya. Tempat duduk menantinya Nenek Sepit Pentala Naga di Laut Buih Gelombang Tujuh. Kalau si lemah yang sampai, maka hilang ghaiblah ia di mulut Raja Naga yang maha bisa. Tetapi kalau si kebal malim megah malim perkasa, dia berdiri di atas singa juang siap siaga. Tiada seurat bulu roma celakanya hangus terbakar, tiada seurat rambut hitam lebatnya gugur bertabur.

Dalam Makyung dan dalam Wayang Kulit Kelantan ada kaitan dengan Nenek Sepit Petala Naga. Dalam Makyung Endeng Tajali umpamanya apabila Raja Besar meninggal, maka Raja negeri dipangku oleh anaknya Raja Sulung. Namun Raja Tengah dan Raja Bongsu berasakan diri mereka juga berhak menjadi raja. Mereka tiga beradik pun berhuda tenaga (bertarung) untuk mendapatkan hak. Raja Sulung menang dan menjadi Raja, manakala yang kalah lari membawa diri ke hutan alas yang muda, dan ke laut buih gelombang tujuh. Raja Tengah bertukar menjadi Nenek Sepit Pentala Naga dan Raja Bongsu menjadi Jin Gergasi yang menghuru-harakan negeri. Munculnya Endeng Tajali yang bertahun-tahun dipasung di bawah jagaan Nenek Kebayan menyelesaikan cerita dan sengketa. Raja Sulung hilang ghaib, lalu Endeng Tajali pun ditabalkan menjadi Raja Besar Sang Nyanyor.

Berbeza dengan versi Nenek Sepit Pentala Naga dalam Wayang Kulit Kelantan. Nenek Sepit Pentala Naga adalah Raja di Negeri Lautan Buih yang mempunyai keseorang tuan puteri yang cantik jelita, yang dinamakan Tuan Puteri Ikan Selar Banum. Dalam cerita Wayang Kulit Kelantan, Nenek Sepit Pentala Naga ini menjadi besan kepada Seri Rama apabila Hanuman Kera Putih berkahwin dengan Tuan Puteri Ikan Selar Banum dan memperolehi seorang anak yang bernama Hanuman Ikan.

Apabila saya mengambil petikan latar dari panggung dan kelir, tentunya akan ada pertanyaan, apakah kaitannya Siti Zainon Ismail, sang penyair dan pelukis dengan Makyung dan Wayang Kulit? Kaitan dan silang pertindihannya amat banyak. Pameran ini sendiri adalah merujuk kepada dua genre teater tradisi tersebut. Kembara masa kecil Siti Zainon dari Kampung Paya menaiki keretapi, dan singgah mengaji Quran, bersimpuh di depan rehal Tuan Guru Haji Mohamed, ayahndanya almarhum Ustaz Abdullah Nakula antara Dusun Muda dan Makam Langgar. Wayang Kulit pun bertabuh dan gesekan rebab pun berbisik. Fizik dan geografi kedua tempat itu pun telah berubah dan terus berubah. Kampung Paya menjadi Bandar Dalam, dan Langgar juga kehilangan dusun ditumbuhi hotel dan supermarket.

Dan Siti Zainon pun merintih dalam puisi dan lukisannya. Dalam puisinya “Senja di Pelabuhan” (Puisi Putih Sang Kekasih, 1984: 40) Siti Zainon menulis:

akulah bidadari laut
mengurai rambut basah lembut
sambil
menjalin bicara senja
kaukah
melengkap sabda senja
kaukah
melengkungi sutera jingga
yang tak tergapai itu
adalah keinginan
rahsia sutera termahal
berhimpun
seperti muatan kapal yang tak pernah sarat
sedang pelabuhan kehilangan kelasi.

Pastinya ‘bidadari laut’ itu akan segera mengingatkan saya kepada Tuan Puteri Ikan Selar Banum, puterinya Nenek Sepit Pentala Naga yang ditinggalkan Hanuman di Laut Tujuh Gelombang Buih, Pusat Tasik Pauh Janggi. Tetapi Sang Hanuman sebagaimana di dalam cerita wayang adalah lelaki gagah perkasa yang selalu keluar bertarung dari satu negeri ke negeri yang lain. Kemudian bertapa dari satu gunung ke satu gunung sehinggalah di kaki-kaki awan di Nenggora Kekayangan. Anak-anaknya dibiarkan membesar di bawah jagaan ibu mereka masing-masing. Kelak setelah dewasa anak-anak itulah yang keluar mencari bapanya Sang Hanuman. Dan pertemuan seorang anak dengan bapa kebiasaannya bukan di dalam keadaan penuh kasih mesra, kerana akan berlaku peperangan dan pertarungan demi pertarungan. Apabila masing-masing tiada yang kalah, maka keduanya akan meriwayatkan keturunan mereka. Ketika itulah diketahui bahawa mereka adalah anak dan bapa. Dan sudah pastilah dalam wayang, “bidadari laut” selamanya akan menjadi isteri yang setia, membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

Sekitar Pondok Diraja Beting Beras Basah..


Lambang bulan dan bintang yang ada pada pondok diraja mempunyai makna tersendiri..

Laluan ini dipercayai laluan asal digunakan untuk ke pondok diraja sebelum jambatan konkrit dibina.


Signboard putih dipercayai tapak surau lama.. allahualamm..




Keadaan pondok sebelum dilanda ribut..








Jatuh menyembah bumi setelah dilanda ribut pada minggu pertama bulan jun..