Tuesday, August 25, 2009

Orang Kampar Di Malaysia

Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.

7 comments:

  1. mohon share n3 ini untuk di buat kajian sejarah..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari saya zamansaleh dari Ipoh Perak.
    Disini saya tertarik untuk berkongsi dan pendapat mengenai masyarakat orang suku Kampar dan sedang mengumpul data data. Oleh kerana saya anak jati suku Kampar dari suku Demo sebelah mak dan suku Melayu sebelah ayah. Sedang mengumpul susur galur masyarakat Kampar sudi kiranya berkongsi data dan.saya.

    ReplyDelete
  3. Sy anak kampar dari temerloh...Salam semuanya..semoga sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Saya mencari keturunan Duali bin Daik atau namanya Yamtuan Ghani

    Asal kampar/kampar kiri...

    Penah menetap di mentakab dan batangkali

    ReplyDelete